Tuesday, June 16, 2009

Perginya Tokoh Pencerahan Gerakan Islam - Allahyarham Al-Ustaz Syeikh Dr. Fathi Yakan

Sewaktu di Universiti dahulu buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Allahyarham Al-Ustaz Syeikh Dr. Fathi Yakan menjadi rujukan kami gerakan pelajar Islam. Membaca tulisan beliau sudah pasti amat menyentuh hati. Dikala semangat kian merudum, membaca tulisan beliau memberi semangat dan motivasi untuk melaksanakan kerja – kerja Islami dengan lebih kuat.

Tulisan beliau bukan sahaja menjadi rujukan di Malaysia malahan negara – negara lain, idea dan pemikiran beliau menjadi ‘pembimbing’ kepada aktivis Islam hari ini. Membaca karya beliau merupakan suatu kemestian bagi generasi muda kini.

Beliau telah menulis lebih kurang 35 buah buku, beberapa karya utama yang menjadi rujukan pendukung gerakan Islam seluruh dunia ialah Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, dan Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam. Tulisanya telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa utama dunia.

Pada hemat saya beliau merupakan tokoh “Pencerahan” gerakan Islam seluruh dunia. Beliau ke Rahmatullah pada hari Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu. Beliau turut memberikan sumbangan yang sangat besar perkembangan politik di timur tengah terutama sekali di tanah kelahirannya Lubnan dan dalam gerakan menentang kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestine dan kawasan sekitarnya.Semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Pemergian beliau sukar untuk dicari ganti. Tokoh reformasi umat yang menyuluh jalan kearah kebenaran dan keadilan.

Al Fatihah.

Dan orang – orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar – benar akan Kami tunjukkan mereka kepada jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar – benar beserta orang –orang yang berbuat baik ( Surah Al – ankabut 69)

No comments:

Post a Comment